Seni & Sukan 18 Feb, 2026

Video| Ada yang dah berpuasa awal dua hari? Sebahagian penduduk Jawa Timur! Ikut kiraan kitab lama!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Walaupun tarikh bermulanya puasa dan hari raya ditentukan oleh Kementerian Agama Indonesia, namun hampir setiap tahun pasti ada masyarakat di sesebuah kawasan atau daerah di negara itu memulakan ibadat berkenaan tidak mengikut ketetapan kerajaan iaitu melakukan lebih awal.



Biasanya ada kawasan tertentu melakukan ibadat puasa sehari lebih awal daripada pengumuman Kerajaan.

Namun situasi dianggap luar biasa apabila ada penduduk yang memulakan awal Ramadan dua hari lebih awal berbanding peraturan ditetapkan Kerajaan.

Sebahagian penduduk Kabupaten Jember dan Bondowoso di Jawa Timur yang merupakan jemaah Pondok Pesantren Mahfilud Dluror dan penduduk sekitar menjalankan ibadat puasa Ramadan dua hari awal iatu pada Selasa, 17 Februari 2026. 

.Justeru, mereka sudah melakukan solat tarawih malam pertama pada Isnin malam, 16 Februari 2026 dan jumlahnya mencapai ribuan termasuk melakukan amalan malam Ramadan seperti bertadarus. 


Jemaah Mahfilud Dluror menjalankan ibadat solat tarawih pada malam Isnin, 16 Februari 2026. - Kredit foto: ANTARA


Sebahagian penduduk Maesan yang melakukan ibadat puasa lebih awal dengan membuat amalan seperti mengaji.


Menurut Pengasuh Pondok Pesantren Mahfilud Dluror, KH Ali Wafa, pihaknya mempunyai cara tersendiri bagi menetapkan permulaan puasa.

Katanya, Pondok Pesantren Mahfilud Dluror menggunakan sistem khumasi (ertinya lima) di mana dibuat kiraan lima hari sebelum Ramadan.

Ia berdasarkan kitab Nushatul Majaalis karangan Syeh Abdurrohman As-Shufuri As-Syafi'i yang sudah berusia 198 tahun.

Menurut KH Ali, cara penetapan tarikh berpuasa pesantrennya sudah lama diamal dan jangan dianggap satu isu dan jangan juga dianggap sebagai ajaran sesat.

Selain ketetapan berpuasa yang tidak selari, beberapa ‘kelainan’ melakukan ibadat puasa dijangka berlaku. Antara perhatian ramai ialah akan berlaku lagikah kegiatan solat tarawih ekspres dan solat tarawih panjang (kerana membaca 30 juzuk al-Quran setiap malam)? - KitaReporters


12
14
0
9
0
You will be interested