Insan & Komuniti 18 Apr, 2021

Berita Terkini| Lelaki maut terkena renjatan elektrik! Buat kerja pendawaian di rumah mentua

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik ketika jalankan kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah mentuanya


SEORANG lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian kira-kira 6.25 petang, pada17 April 2021 di Kampung Bundu, Kuala Penyu, Beaufort, Sabah.

Kejadian berlaku sewaktu Mangsa, Liew Kok Phin, 29, sedang menggunakan alat pemateri sewaktu menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik di rumah mentuanya.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.18 malam.

"Ketika kejadian, mangsa berada bersama bersama dua anaknya yang berusia satu dan tujuh tahun, manakala isterinya tiada di rumah kerana sedang menjaga bapa mentuanya di Hospital Kuala Penyu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat renjatan elektrik dan tiada unsur-unsur jenayah berlaku," katanya dipetik laporan Harian Metro, 18 April 2021. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
1
0
0
You will be interested