Insan & Komuniti 01 Aug, 2020

Ibadah Qurban, Aqiqah: MB Kedah sembelih sendiri dua lembu!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor melakukan sembelihan dua ekor lembu di kawasan lapang berhampiran Masjid Ubudiyyah, Kampung Sungai Pau di Sik, Kedah pagi tadi Sabtu, 1 Ogos 2020 sempena Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Kedah 1441/2020. : KitaReporters

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi (tengah) menyembelih lembu.


Cerita awal: PKPP: Program korban luar negara dibatalkan! Buat kat Kedah!

Lagi cerita-cerita dari Kedah:

https://kitareporters.com/search?search=kedah


Program sembelihan lembu, kambing dan penyampaian sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan sempena Hari Raya Korban pada tahun 2020 ini adalah sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Little Caliphs (KKLC) dengan kerjasama Little Caliphs International Sdn Bhd, Yayasan Isra’ Malaysia, Kelab Patriot Chapter Perlis Universiti Utara Malaysia (UUM), Osman Goat Farm, Secret Correa, Alumni Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS), Alumni Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Usahawan Cuckoo

Petugas yang menjayakan korban dan aqiqah di Parlimen Sik.


Terdahulu dalam ucapannya Muhammad Sanusi mengalu-alukan sumbangan dan aktiviti mana-mana pihak terutama NGO di negeri ini.

Katanya walaupun wabak COVID-19 melanda dunia dan negara ini, namun aktiviti kemasyarakatan tetap diteruskan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kedah sentiasa menerima kunjungan dan membuka pintu kepada semua pihak terutama menjalankan aktiviti  kepada penduduk negeri ini," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Program dari KKLC Abdul Razak Ismail yang memilih Parlimen Sik, Padang Terap dan Baling untuk mengagihkan lembu dan kambing di kawasan ini untuk majlis korban pada tahun ini mulai 31 Julai hingga 2 Ogos 2020 dengan kerjasama Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Abdul Razak (Kanan) membacakan penama lembu yang menyertai korban.


Terdahulu dalam ucapan aluannya Abdul Razak  berterima kasih kepada Menteri Besar atas kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama NGO menyembelih dua ekor lembu dan menyampaikan cenderamata kepada NGO yang mengambil bahagian dalam program Ibadah Korban dan Aqiqah ini.

Katanya 36 ekor lembu, 34 ekor kambing dan lebih 300 bungkusan termasuk beras diedarkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di tiga kawasan Parlimen ini.

"Walaupun perancangan awal kami untuk mengadakan program ini di Sudan, namun atas nasihat dari Wisma Putra dan faktor keselamatan kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, maka kami meneruskan usaha untuk mengadakan ibadah korban di Kedah dengan persetujuan Menteri Besar," katanya.

MB menyerahkan sumbangan Kepada penduduk Kampung.


Semua petugas juga telah diberi penerangan agar mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah JHEAIK bagi menjayakan program ini. 

Selain dari agihan daging korban, aqiqah dan barangan makanan, beberapa rumah juga menjadi tumpuan mereka untuk membaik pulih dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Instituti Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS). - KitaReporters

5
0
2
2
0
You will be interested