Insan & Komuniti 27 Jun, 2020

PKPP: Program korban luar negara dibatalkan! Buat kat Kedah!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

KELAB Kebajikan Little Caliphs (KKLC) dengan kerjasama Yayasan Isra’ Malaysia (ISRA'), Kelab Patriot Chapter Perlis (KCPs) Universiti Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Naka, Osman Goat Farm, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara dan Usahawan Cuckoo akan menganjurkan Program Korban dan Aqiqah di Sik, Baling dan Padang Terap pada 31 Julai 2020 ini.

Daerah Sik, Baling dan Padang Terap dipilih untuk majlis korban dan akikah tahun ini.


Pengerusi KKLC Abdul Razak Ismail berkata, pemilihan negeri Kedah untuk penganjuran korban dan akikah pada tahun ini dibuat memandangkan rakyat Malaysia tidak digalakkan keluar negara akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia.

"Kami akur dengan nasihat dan pandangan dari Wisma Putra untuk menangguhkan hasrat Badan Bukan Sukarela (NGO) untuk keluar negara bagi menyertai misi ibadat korban dan akikah bagi tahun ini," ujarnya lagi.

Abdul Razak menambah baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan keputusan tidak menghantar Jemaah haji bagi tahun ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 9 Jun 2020.

Abdul Razak Ismail (dua dari kanan) bersama beberapa sukarelawan yang menyertai korban di Somalia.


Sehubungan dengan itu, pihak KKLC, Yayasan Isra’ Malaysia, KCPs UUM, ILKBS, Alumni IKBN Naka, Osman Goat Farm, ABM Wilayah Utara dan Usahawan Cuckoo bersepakat untuk menganjurkan program ini di Negeri Kedah.

Beliau yang telah menganjurkan program korban sejak lapan tahun lalu di dalam luar negara akan mencapai matlamatnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama lslam Negeri Kedah (JHEAIK) dan ianya dibantu oleh Yayasan Isra’ Malaysia yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Sik iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Abdul Razak (kanan) ketika menyertai  Program Ibadah Korban dan Aqiqah 2019 di Somalia anjuran KKLC.


Selain daripada korban dan akikah mereka juga akan membantu penduduk yang memerlukan bantuan termasuk sumbangan makanan seperti beras, gula, tepung dan lain-lain termasuk membantu membaik pulih rumah kediaman yang berada dalam keadaan daif.

Bayaran yang dikenakan bagi sebahagian lembu ialah RM600, manakala harga seekor kambing ialah RM850 termasuk kos pengurusan.

Bagi yang berminat untuk menyertai ibadat korban dan akikah ini boleh melayari talian secara online https://littlecaliphs.com.my/qurban/, https://littlecaliphs.com.my/qurban/,  https://littlecaliphs.com.my/qurban/.

Mereka juga boleh menghubungi talian seperti berikut:  Abdul Razak (Little Caliphs) 0192621786, Khairil (Little Caliphs) 0123732760, Muhammad (Yayasan Isra’ Malaysia ) 0143388099, Syakuur (Usahawan Cuckoo) 0125350067, Izuddin (Akademi Binaan Malaysia) 0182024207, dan Samsudin (UUM & ILKBS)  0174729890. - KitaReporters

Rakyat Somalia menerima sumbangan dari KKLC.

3
0
0
1
0
You will be interested