Insan & Komuniti 02 Apr, 2021

Berita Terkini| Wanita dibaham buaya! Ditarik ke tengah sungai! Anak terselamat kerana baldi!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan. 


SEORANG wanita dikhuatiri hilang dibaham seekor buaya ketika mandi berhampiran jeti Rumah Panjang Mathis Depa di Sungai Peking, Tinjar, Miri, Sarawak dalam satu kejadian kira-kira 11.30 pagi pada 2 April 2021.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Runyan Tempan, 38, didakwa saksi telah diseret sang bedal berkenaan ke tengah sungai sebelum hilang daripada pandangan.

Memetik laporan online Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Terry Robson Nyanggau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.30 tengah hari dan terus bergegas ke tempat kejadian.

“Lokasi kejadian mengambil masa perjalanan selama tiga jam dari bandar raya Miri. Maklumat awal diperoleh, mangsa dibaham buaya ketika mandi di hadapan rumah panjang didiaminya.

“Penduduk setempat turut melakukan gerakan awal mencari dan menyelamat mangsa menggunakan perahu panjang ke hulu sungai,” katanya.

Sementara itu, menurut Facebook Bilik Berita CATS-BBcats, mangsa mandi bersama seorang anaknya namun ketika kejadian anaknya naik ke darat untuk mengambil baldi dan penduduk yang berada di kawasan itu melihat mangsa telah dibaham buaya. -KitaReporters

2
1
12
1
1
You will be interested