Insan & Komuniti 15 Feb, 2021

Terima kasih Shahrul Asyraf! Buat food bank di Taman Lembah Keramat! Untuk berkongsi rezeki!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


TIDAK siapa boleh nafikan, pandemik Covid-19 dan pelaksanaan undang-undang mengawal pergerakan orang ramai seperti yang diamalkan Malaysia pada waktu ini mencetuskan pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia di sekeliling kita.

Perkara yang paling mendapat impak negatif tersebut adalah berkaitan ekonomi dan keperluan harian manusia yang mungkin terhenti, atau setidaknya berkurangan seperti sebelumnya.

Oleh sebab itu kita dapat melihat kewujudan 'Food Bank' (bank makanan) seolah-olah menjadi suatu 'trend' baharu di sana sini hasil inisiatif mereka yang sedikit berkemampuan berbanding pihak lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bank makanan:

https://kitareporters.com/search?search=bank+makanan



Sebelum ini, KitaReporters ada menyiarkan kisah seorang usahawan dalam industri penapis haba kenderaan (tinted) di Kajang, Selangor mengambil inisiatif melakukan 'Food Bank' sendiri di premis perniagaannya. 

Ternyata kisah yang disiarkan dalam KitaReporters ini mendorong Buletin Utama TV3 menemu ramah beliau pada 13 Februari 2021.


Terbaik Fadzli Che Harun! Cerita pelik bos tinted! Masa bisnes menurun, dia tambah sedekah! - KitaReporters



Namun pada hari ini, sekali lagi KitaReporters suka untuk kongsikan inisiatif seorang lagi warganegara Malaysia yang prihatin dan berhati mulia, yang turut melakukan perkara yang sama mengikut caranya tersendiri.


Shahrul Asyraf merupakan penduduk di Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk membantu pihak yang amat memerlukan bantuan berbentuk keperluan asas kehidupan untuk meringankan beban dengan membuka ruang ala 'Food Bank' di hadapan rumahnya sendiri.

Melalui laman Facebook Warga Taman Keramat, beliau mengumumkan perkara itu supaya orang ramai yang memerlukan sedikit bantuan barangan keperluan boleh mengambilnya secara percuma di hadapan rumahnya pada setiap hari.

“Saya Shahrul Asyraf beralamat di No 47, Jalan AU 5C/12, Taman Lembah Keramat.

“Keluarga kami ada membuka khemah dan menyediakan barangan keperluan seperti beras, bihun, minyak masak, gula, garam, telur, serbuk teh, tepung gandum dan susu formula budak bagi ahli kariah/ sesiapa yang memerlukan pada hari ini,” katanya.

Tidak dinyatakan berapa lama ruang ini akan dibuka oleh Shahrul Asyraf memandangan ia dikatakan mula dibuka pada 10 Februari 2021 lalu.




Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan semula baru-baru ini, ramai orang semakin merasa terkesan apabila beberapa sektor ekonomi ditutup sehingga mereka hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Ada yang dipotong gaji sehingga tidak lagi mampu menampung komitmen kewangan bulanan.

Semakin ramai insan seperti Shahrul Asyraf yang menggunakan ruang peribadi mereka sebagai tempat untuk menyalurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik dengan cara menghulurkan sedikit bantuan seperti ini.

Semoga bertambah ramai insan berhati mulia seperti Mohd Fadzli Che Harun dan Shahrul Asyraf ini dalam kalangan komuniti setempat kita. - KitaReporters


4
2
0
0
0
You will be interested