Insan & Komuniti 28 Apr, 2021

Berita Terkini| Lori terjunam dalam Sungai Perak! Pemandu dikhuatiri lemas! Ops SAR dijalankan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan lalu dihanyutkan arus


Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas kenderaannya terjunam ke dalam Sungai Perai, berhampiran sebuah kilang gula di Kampung Manis, Butterworth, Pulau Pinang pada 27 April 2021. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menimpa mangsa yang dikenali sebagai K Palaniappan, 66, itu pada 7.10 malam, 27 April 2021. 

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berkenaan, lori tipper 10 tan diparkir di situ sebelum mangsa datang dan kemudiannya menaiki kenderaan tersebut lalu bergerak. Bagaimanapun ia terus terjunam ke dalam sungai. 

“0perasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan namun pasukan penyelamat masih belum berjaya menemui mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai telah tercampak keluar dari kenderaan serta dihanyutkan arus,” katanya dipetik oleh Bernama, 28 April 2021. 

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, operasi SAR diteruskan pada pagi 28 April 2021 dengan disertai oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat di Air. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad. 

 

0
0
0
0
0
You will be interested