Eko Martono, 36, suami kepada Rini Kusmiati iaitu Ketua Kampung Wotgalih, begitu kecewa dengan kecurangan isterinya dan mahu dia dihukum sewajarnya seperti pemecatan jawatan dan dipenjara.
Lagi cerita-cerirta menarik berkaitan khalwat
Video| Ketua kampung wanita berselingkuh dengan pekerja! Diserbu suami! Diarak ke balai polis!
Dalam kenyataannya di Balai Polis Pasuruan Kota, Eko mengemukakan bukti kecurangan isterinya dan menyesal membiayai kempen isterinya untuk memperoleh jawatan ketua kampung itu.
Tambah Eko kecurangan Rini ketara selepas setahun menjawat jawatan ketua kampung.
Menurut iNews.id, dalam kenyataannya kepada polis, Eko menyatakan dia telah berkorban wang ringgit dan menanggung hutang yang banyak bagi kempen bagi membolehkan isterinya memenangi jawatan itu.
Rini memenangi pemilihan Ketua Kampung Wotgalin pada 23 November 2019 dan mengangkat sumpah bersama 239 ketua kampung daerah Pasuruan pada 30 Disember 2019.
Pasangan yang ditahan melakukan maksiat oleh penduduk kampung. - Kredit foto: Tribun Jawa Timur.
Namun janji hanya tinggal janji dan Eko dan Rini sudah berasingan dan berpisah sejak 9 bulan lalu.
Dalam laporan polis yang dibuat Eko berkaitan tuduhan berselingkuh dan perzinaan, dan jika didapati besalah, Rini boleh didakwa dengan hukuman penjara hingga setahun.
Sementara itu pentadbir Pasuruan menasihat Rini meletak jawatan secara sukarela jika tidak dia dipecat secara tidak hormat.
Sementara itu, Eko yang sudah mengemukakan perceraian kepada jabatan agama, akan patuh dengan keputusan jabatan itu. - KitaReporters