Insan & Komuniti 24 Mar, 2021

Video| Ketua kampung wanita berselingkuh dengan pekerja! Diserbu suami! Diarak ke balai polis!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SLM dipukul dan dibaling batu sebaik cuba melarikan diri. - Kredit foto: Paparan video daripada FB Khabar Tuman

Tingkah laku seorang ketua kampung wanita, RK, 38, yang mencurigakan sejak beberapa bulan lalu, membuat suaminya, EM mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap ditambahi maklumat beberapa kakitangan pejabat ketua kampung.

Namun RK menafi mempunyai kekasih gelap menyebabkan rumah tangga mereka bergoncang dan kini dalam proses perceraian.

Bagi mengesahkan RK berlaku curang atau tidak, EM melakukan intipan bersama beberapa penduduk kampung pada Isnin,  22 Mac 2021. Peristiwa ini berlaku di Dusun Dadanggendis, Kecamatan Nguling, Pasuruan, Jawa Timur,


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kecurangan:

https://kitareporters.com/search?search=curang


Pelaku RK (kiri) dan SLM diarak ke balai polis. - Kredit foto: Tribun Jawa Timur



RK adalah Ketua Kampung Wotgalih, Pasuruan iatu satu jawatan lantikan setiap enam tahun.

Pada jam 8 pagi, RK menunggang motosikal meninggalkan rumah. Tidak lama kemudian EM dan beberapa orang kampung mengekorinya dari belakang.

RK tidak terus ke pejabat, sebaliknya ke sebuah rumah setingkat di kampung itu.

Setelah memparkir motokalnya, RK mengetuk pintu dan tidak lama kemudian seorang lelaki membuka pintu dan pintu ditutup semula.

Setelah kira-kira 15 minit, EM dan beberapa penduduk kampung mengetuk pintu rumah. Setelah beberapa minit tiada reaksi, mereka memecah pintu dan menuju ke sebuah bilik.

Terlihat RK dan pekerja pejabatnya bernama SLM, yang bertelanjang dada dan bergegas menuju pintu untuk lari.


SLM (dua dari kanan) di balai polis untuk diambil keterangan. - Kredit foto: Tribun Jawa Timur.


RK lari ikut pintu belakang sementara SLM bergegas lari ikut pintu hadapan di mana beberapa penduduk sedang menunggu.

Akibatnya SLM dipukul, dan ditoreh beberapa bahagian tubuhnya, RK dan SLM kemudian diarak beramai-ramai ke balai polis terdekat. 

Berita penangkapan kedua-duanya cepat merebak dalam kalangan masyarakat setempat terutama setelah video penangkapan mereka tular setelah dimuat naik oleh Facebook @ khabar tuman pada 22 Mac 2021.

Pentadbir daerah Pasuruan mengambil langkah proaktif dengan mengantung tugas RK. 

Jawatan ketua kampung dilantik bagi tempoh enam tahun dan RK akan menghadapi perbicaraan dalaman dan akan dipecat jika terbukti bersalah. - KitaReporters


4
1
2
4
5
You will be interested