Antara obor-obor ditemui di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan yang dikhuatiri bahayakan pengunjung. - Kredit foto: Harian Metro, ihsan pembaca.
PANTAI Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan ‘diserang’ obor-obor berbisa jenis Moon Jellyfish spesis Aurelia Aurita yang boleh mengundang bahaya kepada pengunjung terutamanya bagi individu alergik.
Pegawai
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh, Kapten Pertahanan Awam (PA)
Nik Mohd Nor Nik Mat berkata pihaknya telah mengesan lebih 15 obor-obor berbisa
di pantai pelancongan tersebut.
“Kita bimbang
kehadiran obor-obor ini undang bahaya kepada orang ramai yang berkunjung ke
pantai ini dan mandi manda. Pihak kami telah ambil tindakan dengan kibarkan
bendera merah di lokasi berkaitan sebagai langkah cegah aktiviti air.
“Obor-obor
ini memang sediada di dalam laut dan kita bimbang jika hidupan laut ini menyerang
pengunjung memandanfkan sebelum ini pernah ada beberapa kes individu disengat
obor-obor dilaporkan berlaku di sini.
“Sengatannya
boleh jejaskan individu yang punyai alergik. Jika terkena sengat, langkah awal
boleh dilakukan ialah gosok tempat disengat dengan pasir pantai dan kemudiannya
bersih dengan air yang mengalir, “katanya dipetik menerusi laporan Harian Metro.
Tambah
beliau, pihaknya juga turut menempatkan anggota penyelamat pantai APM di
kawasan pantai tersebut dan orang ramai terutamanya ibu bapa diharapkan dapat
memantau pergerakan anak-anak mereka. - KitaReporters