Jom ke Karnival Masjid Madani yang akan diadakan pada 31 Januari 2026 ini di Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Taman Maluri pada seawal 4.30 pagi dengan pelbagai program menarik yang telah diatur sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Antara aktiviti sehari suntuk yang telah disediakan ialah qiamulail, kuliah subuh dan santai bersama selebriti.
Lebih menarik ialah kejohanan futsal remaja seawal 8 pagi dan pertandingan mewarna kanak-kanak serta kuiz untuk kanak-kanak dan remaja.


Persembahan istimewa ialah penampilan Iwan pada 2.30 petang, pemeriksaan gigi dan juga kesihatan serta menukar barang terpakai dan kitar semula dengan wang tunai.
Turut disediakan ialah Jualan Rahmah Madani serta pameran agensi kerajaan, gerai jualan dan macam-macam lagi.


Sementara itu, hebat dan syabas apabila adanya Kejohanan Futsal Remaja Antara Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan bagi merebut Piala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pertandingan futsal remaja yang akan diadakan sempena Karnival Masjid Madani pada 31 Januari 2026 di FutsalHub, Ampang ini bagi meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dijangka menarik dengan penyertaan para remaja kawasan sekitar.

Kejohanan futsal remaja masjid-masjid Wilayah Persekutuan boleh disertai oleh remaja bawah 20 tahun dengan penyertaan dihadkan kepada 8 orang sepasukan.
Kejohanan antara masjid-masjid ini merupakan inisiatif positif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang mampu mencungkil bakat baru.
Di samping itu ia juga membuktikan masjid bukan setakat rumah ibadah semata-mata,sebaliknya berperanan dalam mempelbagaikan aktiviti dan prigram untuk semua golongan masyarakat khususnya remaja. - KitaReporters
