Jualan Happy Hour mendapat perhatian dalam kalangan orang ramai yang menghadiri program Hari Bertemu Petani, Penternak dan Peladang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chandan sempena Jelajah Agro Madani 2026 diadakan di Dewan Chandan Puteri, Kuala Kangsar pada 27 Januari 2026.


Ia
menawarkan pembelian barangan keperluan seperti gula dan beras serta ikan
menyebabkan pembeli berbaris panjang untuk mendapatkan barangan.
Program yang
pertama kali dianjurkan ini mendapat kunjungan orang ramai kerana pelbagai tawaran
barangan ditawarkan kepada pembeli.
Program
bermula jam 8 pagi itu berakhir pada jam 12 tengah hari menawarkan potongan
harga bagi barangan yang dibeli dengan harga berpatutan.
Program ini jelas memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan keperluan dengan harga patut selain berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran yang begitu ramai serta pelbagai pertanyaan dan permohonan dikemukakan oleh rakyat Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya,” katanya pada program tersebut di Kuala Kangsar.

Selain itu, Zolkafly
berkata, Jualan Rahmah turut diadakan khas sempena program ini dengan
menawarkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ikan, daging segar, ayam,
telur ayam, beras dan sebagainya.
Turut diadakan ialah program Bantuan Awal Persekolahan bagi DUN Chandan serta DUN Manong, dan sumbangan 300 benih anak pokok kelapa jenis MYD secara percuma kepada 300 pengunjung program itu. - KitaReporters

Mohd Zolkafly Harun (tengah) sedang membuat jualan Happy Hour pada gerai LKIM sempena program Hari Bertemu Petani, Penternak dan Peladang di Kuala Kangsar.