Mangsa yang cuba terjun dari tingkat 32 kondominium di Sungai Buluh berjaya diselamatkan bomba. - Kredit foto: Ihsan JBPM Selangor
JABATAN Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menyelamatkan seorang wanita
yang cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buloh,
Selangor pada 17 Jun 2021.
Pengarah
JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung
kejadian jam 7.52 malam dan seramai 19
anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)
dikejarkan lokasi.
“Sewaktu
tiba di tempat kejadian didapati seorang wanita berada di tepi bangunan di
tingkat 32 kondominium berkenaan dipercayai cuba bunuh diri. Bagaimanapun,
tindakan pantas bomba berjaya memujuk dan selamatkan mangsa.
“Pasukan
penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan serta memujuk mangsa
ke tempat selamat.
“Mangsa
didapati mengalami tekanan ekoran masalah peribadi kerana diberhentikan kerja dan
dihalau dari rumah sewa,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 18
Jun 2021.
Tambah
Norazam, wanita tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan
selanjutnya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter