Seni & Sukan 18 Apr, 2021

Berita Terkini| Larangan minyak sawit di Belgium tak jejas Malaysia! Pasaran Asia Barat, Afrika

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Malaysia akan bergerak agresif untuk pasaran minyak sawit ke Asia Barat dan Afrika 


KEPUTUSAN Belgium menyekat dan melarang pengimportan serta penggunaan minyak sawit di negara itu bermula tahun 2022 tidak akan menjejaskan pasaran minyak sawit Malaysia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pasaran minyak sawit Malaysia masih lagi luas selain terdapat juga negara lain mengimport minyak sawit negara.

"Kita masih ada banyak negara lain lagi perlukan minyak sawit Malaysia. Contohnya, Afghanistan yang bersedia untuk menambah import minyak sawit dari negara kita iaitu dari 75,000 tan sehingga 100,000 tan.

"Malaysia juga akan bergerak agresif untuk pasarkan ke rantau ini termasuklah ke Asia Barat dan Afrika," katanya dipetik laporan Sinar Harian, 18 April 2021.

Untuk info, baru-baru ini Belgium dilaporkan akan melarang bahan api biologi (biofuel) diperbuat daripada soya dan minyak sawit mulai tahun depan kerana kebimbangan mengenai aktiviti penebangan hutan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested