Seni & Sukan 20 Apr, 2021

Berita Terkini| Sistem kupon dilaksanakan di bazar Ramadan Melaka! Bagi pastikan SOP dipatuhi!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Melaka akan menggunakan sistem kupon di bazar Ramadan di negeri itu.


Sistem kupon di bazar Ramadan seluruh Melaka akan diperkenalkan di negeri berkenaan dalam usaha meningkatkan lagi kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) khususnya dalam kalangan pengunjung.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata berdasarkan penelitian pelbagai agensi berkaitan didapati masih banyak perkara  berhubung SOP perlu dipertingkatkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

"Sistem berkupon berkemungkinan besar akan diperkenalkan di bazar Ramadan di Melaka bagi memperkukuhkan lagi SOP di bazar-bazar yang sememangnya jadi tumpuan pada bulan puasa ini.

"Hasil perbincangan dengan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali baru-baru ini ada dibangkitkan perkara ini (sistem kupon).

"Hal ini akan saya bawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Covid-19 melibatkan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia nanti," katanya dipetik laporan Harian Metro, Selasa, 20 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested