Seni & Sukan 04 Apr, 2021

Berita Terkini| RM6 juta hasil kutipan caj beg plastik! Hasil caj RM0.20 di Selangor sejak 2017

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan) mengedarkan beg selepas melancarkan BAGUS di Pasar Awam Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor pada 4 April 2021. - Kredit foto: Kosmo Online.


Caj RM0.20 dikenakan bagi setiap beg plastik bermula Januari 2017 di Selangor sehingga kini telah mencatatkan lebih RM6 juta hasil kutipan caj daripada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata jumlah itu menunjukkan tahap kesedaran masyarakat masih rendah dan lebih sanggup membayar caj dikenakan.

“Hasrat utama kerajaan negeri menerusi Kempen Bebas Plastik bermula Januari 2017 ialah untuk kurangkan penggunaan beg plastik yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Namun, pengguna dilihat masih tidak kisah meskipun perlu membayar kadar caj RM0.20. Hasil kutipan diperoleh kita gunakan untuk melaksanakan pelbagai kempen kesedaran dan pendidikan," katanya yang dipetik daripada Kosmo Online.

Tambah beliau, pihaknya akan mengedarkan sebanyak 10,000 unit Beg Guna Semula (BAGUS) secara percuma kepada orang ramai di seluruh Selangor. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested