Seni & Sukan 11 May, 2021

Berita Terkini| PKP 3.0: Pejabat kerajaan beroperasi sepenuhnya! Berdasarkan garis panduan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Pejabat kerajaan beroperasi sepenuhnya sepanjang PKP berdasarkan garis panduan telah ditetapkan. Kredit foto: NSTP


Pejabat kerajaan seluruh negara kekal beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pengoperasian itu bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

"Bagaimanapun pengoperasian sewaktu PKP ini adalah berdasarkan garis panduan telah ditetapkan seperti Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 12 Januari 2021.

“Ketua Jabatan perlu rancang keperluan sumber manusia demi pastikan kehadiran kakitangan ke pejabat diminimumkan melalui sistem penggiliran serta keluarkan Arahan Dalaman dengan perincikan keutamaan ikut sektor jabatan masing-masing.

"Bagi yang tidak perlu hadir bertugas di pejabat, pegawai berkenaan diarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR/WFH) mengikut peraturan dan garis panduan  telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah," katanya dipetik oleh Bernama, 11 Mei 2021.

Tambah beliau, perkhidmatan awam negara akan terus menjadi tunjang utama memastikan jentera pentadbiran kerajaan kekal beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan gelombang ketiga pandemik Covid-19. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
3
0
0
0
You will be interested