Seni & Sukan 30 Jan, 2026

Video| Papa Zola masih gagah! 49 hari tayangan! RM62.22j! 3.9j penonton Malaysia! Mampu atasi Sheriff?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Filem animasi ‘Papa Zola The Movie’ (Papa Zola) terus mencipta fenomena. Ia masih gagah beraksi dan masih ditayang di sejumlah pawagam di seluruh negara walaupun tayangannya kini tidak segah dua bulan lalu.


Mengikut data Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) catatan pada Rabu, 29 Januari 2026, ‘Papa Zola’ selepas 49 hari tayangan, ia telah ditonton 3.87 juta penonton dan memberi kutipan tiket RM62.22 juta.

‘Papa Zola’ kini menjadi filem Malaysia keempat tempatan tertinggi kutipan tiketnya.  



Filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ terbitan 2022 tetap menjadi filem kutipan tertinggi iaitu RM89.42 juta. Ia diikuti ‘Blood Brothers: Bara Naga’ (2025) RM76 juta dan ‘Sheriff: Narko Integriti’ (2024) RM64 juta.  

Dan dengan masih ditayang di sejumlah pawagam, ‘Papa Zola’ terus mendekati filem ‘Sheriff’ dan menjadi tanda tanya adakah ia mampu mengatasi kutipan ‘Sheriff: Narko Integriti’. 




Selepas ditayang di Malaysia dan Brunei Darussalam, ‘Papa Zola’ mula ditayang di Indonesia dan Singapura mulai 22 Januari 2026.

Menurut Instagram @themonstastudio, ‘Papa Zola’ telah ditonton oleh 4,050,911 penonton sehingga hujung minggu ketiga Januari 2025.


Di Indonesia ‘Papa Zola’ diedar oleh MD Pictures yang merupakan salah sebuah syarikat filem terbesar di negara itu.

Syarikat itu giat mempromosikan ‘Papa Zola’ melalui media sosial dan membawa pengarah, pelakon watak dan sejumlah tenaga kerja dari Malaysia dalam rangka promosi.


‘Papa Zola’ dirancang untuk mendonia dengan 13 negara sudah dalam senarai dan dialih suara ke beberapa bahasa. 

Selepas tayangan di Indonesia mulai 22 Januari 2026 dan Singapura, ia diikuti tayangan di India, Vietnam serta pasaran Asia Barat yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki pada April 2026.

‘Papa Zola’ akan mempunyai sambungannya setelah ia mencapai kutipan membanggakan di atas RM60 juta, melebihi jangkaan asal Monsta Studios yang hanya menyasar kutipan RM40 juta. - KitaReporters

5
9
0
6
0
You will be interested