Seni & Sukan 31 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Kluster Dioh sumbang peningkatan kes di NS! Kilang sarung tangan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

 

Kluster Industri Dioh di Negeri Sembilan telah merekodkan sebanyak 131 kes positif Covid-19 setakat 30 Mei 2021 


KLUSTER Industri Dioh yang dicetuskan sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah menjadi penyumbang tertinggi peningkatan kes baharu Covid-19 di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, Kluster Industri Dioh merekodkan penambahan 122 kes baharu pada 30 Mei 2021 menjadikan jumlah keseluruhan kes kluster tersebut kini 131 kes.

“Setakat tengah hari 30 Mei 2021, sebanyak 468 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan di Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 26,052 kes.

"Kluster Dioh yang dikaitkan dengan kilang sarung tangan di Kuala Pilah menjadi penyumbang tertinggi dengan merekodkan 122 kes baharu semalam (30 Mei 2021) selepas saringan dibuat ke atas 468 individu.

“Sementara itu, terdapat 15 kes kematian berkait dengan Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini semalam,” katanya dipetik laporan Harian Metro, 31 Mei 2021.

Terdahulu, sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah diarahkan tutup selama 14 hari bermula 26 Mei 2021 setelah lapan pekerja disahkan positif Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested