Seni & Sukan 16 Jun, 2021

Berita Terkini| PKP: Paksa pekerja datang bekerja tanpa surat MITI! Majikan boleh dikompaun!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 Gambar hiasan... Majikan yang paksa pekerjanya datang bekerja tanpa surat kelulusan MITI boleh dikompaun


MAJIKAN yang memaksa pekerjanya datang bekerja tanpa surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bakal berdepan tindakan kompaun di bawah Akta 342.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tindakan itu satu kesalahan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dikuatkuasakan seluruh negara.

“Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur telah menerima sebanyak 214 aduan mengenai isu bekerja dari rumah antara 1 Jun hingga 15 Jun 2021.

“Antara aduan tersebut adalah berhubung majikan yang meminta pekerjanya tetap datang bekerja walaupun tiada surat kelulusan. Kita sedang mengambil tindakan terhadap majikan berkenaan.

“Selain itu, terdapat juga beberapa aduan menyatakan mendapat kelulusan beroperasi tetapi sebenarnya gunakan pengisytiharan palsu,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 16 Jun 2021.

Tambah beliau, ada pekerja hubungi kementerian maklumkan syarikat mereka tidak layak jalankan operasi kerana bukan sektor perkhidmatan perlu (essential) dan pelik bagaimana pihak MITI boleh berikan kelulusan.

“Kita tiada angka tepat buat masa ini berhubung kes pengisytiharan palsu ini tetapi ada terima aduan berkenaan. JTK sedang menyiasat perkara itu sama ada kelulusan itu benar atau menggunakan maklumat palsu," ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested