Gaya Hidup 26 Apr, 2021

Berita Terkini| Lagi amaran! Polis periksa rumah ramai tetamu pada Aidilfitri! Tambah rondaan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Rondaan dan pemantauan akan dipertingkatkan polis pada Hari Raya Aidilfitri nanti. - Kredit foto: FB Polis Sarawak


POLIS Sarawak akan tingkatkan rondaan dan pemantauan di taman perumahan serta kawasan kampung di negeri berkenaan pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tiada yang berkumpul menyambut perayaan itu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sekali gus memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19.

‚ÄúPihak polis tidak hanya akan tingkatkan rondaan tetapi juga turut membuat pemeriksaan sekiranya didapati ramai yang berkumpul di sesebuah rumah. 

"Langkah ini bukan baharu kerana tindakan sama telah pun dijalankan sewaktu  sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu (2020) dan begitu juga dengan perayaan-perayaan lain," katanya yang dipetik oleh Berita Harian, 26 April 2021. 

Pada Rabu, 21 April 2021 lalu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar, menegaskan polis akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah pada perayaan Aidilfitri bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri. 

Tindakan itu ekoran  kemungkinan ada yang cuba meloloskan diri dengan melakukan rentas negeri untuk beraya di kampung halaman masing-masing. 

Sementara itu, JPBN Sarawak tidak membenarkan pergerakan antara zon di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sehingga 10 Mei depan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Jangan terlalu seronok! Dapat lebih RM12j, filem Mat Kilau belum dapat balik modal! Kenapa?

Mawi keluarkan butir kutipan yang perlihatkan hasil kutipan tiket lebih untungkan pemilik pawagam. Selain itu, menurut Mawi, sesebuah filem dikenakan cukai 25%

Video| Ke laut! Rosak lagu Tiara! Sedap ketika rekod tapi lain pula jadinya apabila nyanyi live!

Ketika rekod kedengaran sedap namun bila nyanyi live di depan penonton terus ke laut kedengarannya. Itu yang terjadi kepada penyanyi muda Indonesia, Raffa Affar
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Hebat dan berani! Petani berjaya tangkap buaya ganas 1 tan! Hanya guna tali nilon sahaja!

Petani, Pak Usman, 53, dari Desa Ambuau Indah, Buton, Sulawesi gunakan beberapa utas tali nilon sahaja dan berjaya tangkap seekor buaya seberat hampir satu tan
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 9 hours ago

Ni M Daud Kilau bukan Mat Kilau! Jiwa seninya masih kuat, membara! Rindu buat persembahan pentas!

Rindu nak kembali adakan persembahan. Saya rindu nak ke pentas, saya rindukan peminat, baju labuci saya. Lima tahun hidap penyakit kencing manis - M Daud Kilau
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Semoga segera sembuh! Ronnie Hussein kemalangan basikal! Kena 6 jahitan pada dahi, pipi!

Penyanyi Ronnie Hussein terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal berhampiran Puteri Harbour, Johor Bharu dan terima 6 jahitan pada bahagian dahi dan pipinya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago