Seni & Sukan 18 Apr, 2021

Berita Terkini| Bazar Ramadan Tok Adis kembali beroperasi 19 April 2021! Sama-sama jaga SOP!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Notis perintah penutupan premis membabitkan Bazar Ramadan Tok Adis di Kuala Ibai, Kuala Terengganu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.


BAZAR Ramadan Tok Adis di Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang diarahkan tutup selama 14 hari sehingga 30 April 2021 telah dibenarkan kembali beroperasi mulai 19 April 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi laman sosial Facebooknya pada petang, 18 April 2021.

"Alhamdulillah, setelah diadakan beberapa perbincangan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah turun meninjau perjalanan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan di sini (Bazar Ramadan Tok Adis).

"Bazar Ramadan Kampung Tok Adis akan kembali beroperasi bermula esok (19 April 2021). Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama KKM atas budi bicara ini.

"Saya juga menyeru kepada semua untuk sama-sama menjaga SOP yang ditetapkan demi kebaikan bersama," katanya. 

Untuk info, Jabatan Kesihatan Terengganu menutup sementara Bazar Ramadan Tok Adis selepas didapati banyak berlaku pelanggaran SOP.

Ia bazar Ramadan pertama Terengganu yang diarah tutup sementara selama 14 hari bermula 8 malam, 16 April hingga 30 April 2021. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested