Gaya Hidup 24 Nov, 2021

Suara Disleksia: Bantulah Fahami Kami! Program online pengurusan stres! Anjuran bersama UUM!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


Teks dan gambar oleh: Muhammad Fikri Mohd Sabri


DISLEKSIA bukannya satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak sehingga memberi kesan berpanjangan sehingga dewasa. 

Oleh itu, disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyakit



DR SHAMSHUNNISAH ABU BAKAR


Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Abdul Halim, Dr Shamshunnisah Abu Bakar berkata, lazimnya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira

“Saya ingin menekankan bahawa mereka ini bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi Panel Pengurusan Stres bertemakan Suara Disleksia, Bantulah Fahami Kami dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Sokongan Ibu bapa Disleksia (KUBUDI), Persatuan Disleksia Malaysia, Sungai Petani (PDM Sungai Petani) dan Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM)

Dalam program itu, beliau turut menyenaraikan sembilan cara mengurus tekanan dengan betul agar dapat menjaga kesihatan mental seterusnya mengekalkan kesihatan setiap individu dengan sokongan daripada ibu bapa agar berupaya  menangani tekanan.

Program selama  satu jam 30 minit ini yang diadakan secara dalam talian dan dikendalikan oleh moderator (pemudah cara), Nor Laila Abd Razak.




Sementara itu Timbalan Pengarah (Aktiviti) Pusat Kokurikulumnya, Mejar (B) Norzilah Aziz yang merasmikan program itu berharap ibu bapa khususnya dan NGO atau sukarelawan dalam kalangan mahasiswa memperbanyakkan program yang boleh memberi kesedaran supaya membantu kanak-kanak disleksia.

“Saya yakin dengan program-program yang dirancang itu pastinya dapat memberi sokongan kepada kanak-kanak ini dalam pembelajaran nanti,” ujarnya. - KitaReporters


MEJAR (B) NORZILAH AZIZ


9
17
0
13
0
You will be interested