Seni & Sukan 14 Apr, 2021

Berita Terkini| Bekalan vaksin lebih stabil Jun 2021! Ketika ini, permintaan lebihi penawaran!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Permintaan untuk suntikan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia kini melebihi penawaran dan bekalan dijangka stabil Jun 2021. 


BEKALAN vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang ketika ini permintaan daripada rakyat melebihi penawaran dijangka akan lebih stabil mulai Jun 2021.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata antara faktor bekalan vaksin diperoleh Malaysia rendah buat masa ini ekoran negara kaya lain telah membeli bekalan vaksin sehingga lima kali ganda penduduknya.

"Banyak syarikat farmaseutikal memilih negara kaya dengan alasan yang jelas dan keadaan ini mendorong Malaysia menyeimbangkan bekalan vaksin daripada negara pengeluar lain seperti China.

"Selaras dengan pelaksanaan program imunisasi fasa kedua yang bakal dilaksanakan secara besar-besaran, kita jangka bekalan vaksin bagi PICK akan lebih stabil pada Jun 2021 nanti.

"Paling penting, negara akan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk mencapai sasaran 80 penduduk divaksinkan sebelum akhir tahun ini," katanya dalam satu kenyataan media pada 14 April 2021.

Tambah beliau, fasa kedua PICK melibatkan warga emas dan individu mempunyai penyakit kronik dijadualkan bermula minggu depan dan kini fasa pertama PICK telah berada pada peringkat akhir. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested