Seni & Sukan 06 Apr, 2021

Berita Terkini| Wang RM3.5j! Kenderaan mewah RM15.7j milik ketua sindiket kartel tender disita!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Antara aset mewah milik ketua sindiket kartel tender kerajaan bergelar datuk yang disita SPRM. - Kredit foto: SPRM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah RM3.5 juta wang tunai ditemui di rumah ketua sindiket kartel tender kerajaan bergelar 'Datuk' dalam satu serbuan pada 5 April 2021.

Selain itu, pelbagai kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM15.7 juta serta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai, pejabat bernilai RM29 juta juga turut disita.

Memetik laporan Sinar Harian pada 6 April 2021, hasil maklumat sumber memaklumkan sebanyak 644 akaun individu serta syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta dibekukan dalam siasatan kes berkenaan.

"Kartel projek diketuai seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun ini telah membolot projek kerajaan menerusi tender sebut harga bernilai RM3.8 bilion.

"Difahamkan, sindiket ini telah beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu. Selain memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, 'Datuk' ini juga ada dua buah helikopter serta beberapa kereta mewah dan  sebuah kapal mewah.

"Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat. Setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

"Syarikat ini miliknya dan dipercayai 114 orang telah digunakan nama. Syarikat-syarikat ini dikatakan akan digunakan secara bergilir-gilir memasuki tender dan sebut harga di kementerian serta agensi kerajaan," katanya.

Hasil siasatan SPRM mendapati maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional atau penyata kewangan turut digunakan bagi yakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat laksanakan projek. - KitaReporters 

0
1
1
0
0
You will be interested