Seni & Sukan 16 Apr, 2021

Berita Terkini| Iklan judi online sempena Aidilfitri! Polis akan siasat penerbit dan pelakon!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Tangkap layar video iklan raya mempromosikan aktiviti judi yang tular dalam media sosial.


POLIS telah menerima laporan berhubung video iklan judi sempena Aidilfitri yang tular dalam media sosial dan akan mengesan pelakon serta penerbit yang terlibat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal-usul video tersebut.

Menerusi satu kenyataan media pada 16 April 2021, isi kandungan video berdurasi 2 minit dan 1 saat itu didapati mempromosikan perjudian dalam talian.

"Video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam. Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit serta pelakon yang terlibat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi Terbuka. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga akan dihubungi untuk membantu siasatan," katanya.

Sejak Khamis 15 April 2021, tular video yang memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu yang mana liriknya mengajak orang awam berjudi bagi mendapatkan 'duit raya'. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
2
0
4
You will be interested