Seni & Sukan 21 Nov, 2020

Video| Empat Dara versi selawat! Ustaz Suhaizi ajak selawat!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SEJAK lagu ‘Empat Dara’ yang diviralkan oleh penyanyi Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom yang mencabar netizen dengan nyanyian suaranya yang nyaring menyebut ‘Haa… Masuk’, lagu ini nampak gayanya masih trending waima Faizal Tahir pun menerbitkannya semula. Terbaharu, ‘Empat Dara’ kembali dengan nafas baharu apabila ia diubah kepada versi ‘selawat’ oleh seorang ustaz bernama Suhaizi Al-Madadi. : KitaReporters


Ustaz Suhaizi Al-Madadi (kanan) ketika menyampaikan lagu 'Empat Dara'. - Kredit foto: FB Suhaizi.


Lagi kisah-kisah berkaitan Elly Mazlein:

https://kitareporters.com/search?search=elly+mazlein


Jika disebut Ustaz Kazim Elias mahu pun Ustaz Don Daniyal, rasanya umat Islam satu ‘Malaya’ mengenali dua penceramah bebas ini yang sering tampil di kaca TV dalam beberapa program atau kuliah agama. Tetapi siapa Ustaz Suhaizi Al-Madadi yang jarang kita dengar namanya mahu pun kelibatnya di layar TV?

‘Empat Dara Versi Selawat’ baharu sahaja dimuat naik dalam YouTube Khairul Amirudin pada 20 November 2020, yang hanya mempunyai 25 subscriber (pelanggan).

Jika permulaan lirik awal ‘Empat Dara’ menyebut ‘empat dara duduk di tepi sungai… duduk menjerat si ketamlah batu’ , tetapi Ustaz Suhaizi menukar liriknya kepada ‘empat dara duduk di dalam surau… duduk bersimpul di depan tuan guru.. mari kita sentiasa berselawat… semoga nanti mendapat syafaat…” dan seterusnya beliau berselawat.

Wah! Menarik dan kreatif gaya Ustaz Suhaizi berdakwah melalui lagu tradisional ini yang  asalnya dipopularkan oleh biduanita negara Allahyarhamah, Datuk Sharifah Aini a.k.a Kak Pah.

Video YouTube ‘Empat Dara Versi Selawat’ berdurasi 4:09 saat berbanding 4:24 daripada nyanyian Kak Pah, manakala daripada nyanyian Faizal Tahir bersama Elly Mazlein dan Zizi Kirana mengambil masa 3:33 saat.


Baca cerita berkaitan di  https://kitareporters.com/gaya/4oeERWB0a0.



Mencari-cari lagi info lanjut mengenai diri Ustaz Suhaizi, tidak banyak yang diperoleh waima melalui laman Facebooknya pun hanya di tulis ‘Ustaz Suhaizi Semail a.k.a Habib Syech Penang, pemimpin Qasidah Al-Madad Maulid Ensemble’.

Manakala di bawah gambar laman sosialnya itu ditulis juga beliau seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan P. Pinang dan Pimpinan Nasyid Qasidah Al-Madadi.

Dan apabila beliau sendiri memuat naik video sama dalam laman Facebooknya itu pada 20 November 2020, ia mendapat 38 perkongsian walau pun cuma 5 komen yang rata-rata menyukai nyayiannya itu.




Mungkin selepas ini apabila ramai lagi yang menyedarinya akan bertambahlah komen dan perkongsian diterima apatah lagi Ustaz Suhaizi mempunyai  4,978 kawan Facebooknya dengan memegang pada slogannya, 'Hidup Mulia, Mati Syahid'. 

Terbaiklah Ustaz!

Untuk rekod, lagu ‘empat Dara’ adalah karya asal Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh, seorang penggiat ghazal terkenal satu ketika dahulu. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested