Seni & Sukan 12 Nov, 2020

Empat Dara 2020! Menjerat si Faizal, Elly, Zizi! Haaa masuk!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

KALAU sebut sepotong ayat, "Haaaa masuk", pastinya terbayang wajah pengacara yang popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pom Pom’, siapa lagi jika bukan Elly Mazlein waima sebutan itu terus viral hingga ke hari ini. Nak tahu apa ceritanya? Haaa masuk.. baca!! : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Elly Mazlein:

https://kitareporters.com/search?search=elly+mazlein


Ayat "Haaa masuk" itu menjadi popular apabila Elly memuat naik rakaman video menyanyikan lagu irama tradisional ‘Empat Dara’ dalam laman sosial Instagram sambil mencabar netizen menyahutnya dengan menawarkan wang saguhati RM100.   

Ekoran itu bukan sahaja netizen tetapi ramai rakan artis pun turut terlibat. 

Antara barisan selebriti yang dilihat merakamkan semula lagu 'Empat Dara' dalam versi tersendiri termasuk Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim.

Sejak itu. video nyanyian Elly dengan wajah selamba berhijab menghampiri 2 juta tontonan dan lebih dari 200,000 komen. Hebat, penangan Kak Lina Pom Pom kan?





“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira. Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira,” ujar Elly selepas video asal tersebut menjadi tular.

Namun yang paling menarik, apabila ia turut mendapat perhatian daripada penyanyi hebat seperti Faizal Tahir atau lebih mesra disapa FT. 

Faizal Tahir memuat naik sedutan dari persembahan beliau dalam salah sebuah rancangan television. Klip tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahukan Elly dan Faizal menyanyikan semula lagu tersebut. 

“Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah,” ujar FT gurau.



Tidak syak lagi apabila penyanyi dan pencipta prolifik seperti Faizal Tahir terlibat tentu ada sesuatu perancangan di sebalik langkahnya itu, ya tak?

Memang benar, Faizal Tahir merealisasikan permintaan ramai dengan menerbitkan semula lagu yang dipopularkan oleh biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam album 'Dewi Seri Malam' itu dengan judul ‘Empat  Dara 2020’.

Wow! Kreatif Faizal kan? Apabila lagu tengah viral, dia masuk 'jarum'.



Zizi Kirana,  Faizal Tahir  dan Elly Mazlein bergabung dalam versi baharu 'Empat Dara 2020'


Malah bagi menambahkan rencah pada lagu irama tradisional ciptaan asal Atan Ahmad dan Ahmad Yusoh, seorang penggiat ghazal terkenal pada suatu masa dulu, Faizal mengajak penyanyi berasal Sabah, Zizi Kirana untuk turut bersamanya dan Elly.

"Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama. Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek 'gila-gila' dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini.” kata Zizi Kirana yang kini ‘hangat’ dengan lagu ‘Eh’.

Di bawah terbitan ‘Faithful Music’ dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar, ‘Empat Dara 2020’ bakal memberikan nafas baru dan sesuatu yang segar kepada pendengar tanpa menghilangkan elemen tradisional pada lagu selari dengan tajuknya. 

Video muziknya pula digarap simple dengan membawa konsep komedi ringan, tambah FT, sambil memberitahu versi terbaharu lagu tersebut mendapat sentuhan bersama Mage, Mike Chan dan Mambang.

Jom layan video muzik yang sudah 'trending' pada kedudukan ke-5 sejak dimuat naik sejak petang 11 November 2020 dengan tontonan sudah melebihi 230,000 kali ini. 

Bila dah tonton, tak sangka FT tu pandai melawak juga orangnya ya! - KitaReporters



3
1
0
1
0
You will be interested