Ia kini semakin popular yang boleh dilaku dalam ruang terhad dan peralatan teknologi seadanya.

Podcast ‘Keluar Sekejap’ yang mengutara isu politik dan ehwal semasa kendalian bekas menteri Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) dan kini DJ radio Hot FM serta Shahril Hamdan adalah antara podcat paling popular di Malaysia. Ia mula bersiaran pada I Mac 2023.
Setelah mampu menjadikan ‘Keluar Sekejap’ sebagai salah satu podcast paling popular, dua pengendali ini berfikir untuk menggunakan kemampuan dan kemahiran mereka bagi memberi sumbangan kepada orang ramai yang memerlukan.

Justeru mereka memperkenal aplikasi ‘Kelas Sekejap’ iaitu aplikasi pembelajaran bahasa Inggeris berasaskan AI, bagi membantu seluruh rakyat Malaysia meningkatkan keyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.


“Kami membina aplikasi ini menggunakan AI sebagai alat untuk menyokong usaha seseorang menjadi lebih fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menurut kenyataan itu lagi, ‘Kelas Sekejap’ menggunakan teknologi AI untuk menyediakan ruang latihan yang selamat dan tanpa tekanan, dengan pelajaran disesuaikan mengikut tahap dan kemajuan setiap pengguna.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.