Seni & Sukan 18 Jun, 2021

Berita Terkini| Ops Bersepadu di Pulau Perhentian! Imigresen redah laluan hutan 2km berkas PATI

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Antara sebahagian daripada 12 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu JIM Terengganu di Pulau Perhentian. - Kredit foto: JIM Terengganu 


SERAMAI 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu di Pulau Perhentian, Besut pada 16 Jun 2021.

Pengarah Imigresen Negeri Terengganu, Ungku Joha Ungku Mohamad berkata individu diberkas itu merupakan sembilan warganegara Bangladesh, dua warga Pakistan serta seorang warga Nepal.

“Mereka ditahan di beberapa lokasi termasuk tapak pembinaan bangunan tambahan di Pulau Perhentian Besar, bilik penginapan serta di pusat menyelam.

“Antara kesalahan dilakukan ialah melanggar Peraturan-peraturan Imigresen (02) Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki permit yang sah;  tiada dokumen dan permit kerja sah serta serta melanggar syarat pas dan permit.

“Keseluruhannya seramai 50 pekerja asing diperiksa dan 12 PATI yang ditahan membabitkan dua majikan,” katanya yang dipetik laporan Sinar Harian pada 18 Jun 2021.

Tambah Ungku Joha, ops berkenaan disertai seramai 38 anggota terdiri daripada  JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Taman Laut Malaysia (TLM).

Ujarnya lagi, dalam usaha memberkas PATI pihak berkuasa terpaksa melalui laluan hutan sejauh dua kilometer (km). -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1
You will be interested