Gaya Hidup 16 Jun, 2021

Berita Terkini| 1k penduduk Jeli disasar terima vaskin setiap hari! Turut wujudkan PPV bergerak

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan suntikan vaskin Covid-19 semakin positif 


SERAMAI 1,000 penduduk di jajahan Jeli, Kelantan disasarkan menerima suntikan vaksin setiap hari di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  bagi bantu negara mencapai imuniti kelompok.

Ketua Jajahan Jeli, Nik Raisnan Nik Daud berkata setakat  ini seramai 6,450 orang telah diberi suntikan vaksin berkenaan daripada jumlah keseluruh penduduk di Jeli seramai 30,500 orang.

“Masih berbaki kira-kira 24,000 penduduk di jajahan ini yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 ini.  Sehubungan itu, kita sasarkan sekurang-kurangnya selepas ini 1,000 orang akan menerimanya setiap hari.

“Bagi pastikan sasaran ini mampu dicapai, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak turut diwujudkan. Sekiranya dicapai, kita hanya memerlukan 24 hari sahaja untuk melengkapkan dos pertama tersebut.

“Selain itu, satu pasukan berperanan bagi membantu serta mencari penduduk yang gagal hadir menerima suntikan disebabkan faktor-faktor tertentu juga ditubuhkan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 16 Jun 2021.

Tambah beliau, pasukan tersebut yang dikenali sebagai PICK 19 turut berperanan menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan sebagainya bagi melancarkan lagi matlamat PICK.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Raisnan memaklumkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan suntikan vaskin juga semakin positif sekali gus menjadi penanda aras penerimaan rakyat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Remy Ishak lebih ceria! Amy Mastura ikut 'gila-gila'! The Masked Singer Malaysia Musim 2!

Remy Ishak sekali lagi dipilih anggotai barisan 9 juri tetap program pertandingan nyanyian penuh misteri The Masked Singer Malaysia musim 2 bersama Amy Mastura

Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Keluarga Malaysia: Sahabat BTHO infak al-Quran! Bantu SRA dibuka semula! Selepas bencana banjir!

Sahabat Kelas al-Quran Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) Cheras infakkan 170 naskhah baharu al-Quran. Bantu SRA Batu 13 Puchong dibuka semula selepas bencana banjir
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Debaran dewan peperiksaan! 3 cedera serangan pisau! Suspek remaja lelaki berusia 17 tahun!

Beberapa pelajar sekolah menengah Jepun yang duduki peperiksaan kelayakan kemasukan ke universiti di Tokyo, dilaporkan cedera dalam satu kejadian serangan pisau
Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 15 hours ago

Video| Aweera nak gegarkan separuh akhir GV8! Pamer imej rock sebenar! Dapat lagu Amy Search!

Aweera dijangka beri persembahan terbaik pada peringkat separuh akhir GV8 setelah dapat dua lagu nyanyian idolanya, Amy Search yang sesuai dengan jiwa rocknya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Tuah buat pasukan basikal TSG! Tajaan RM9.3j! Penjenamaan semula! Terengganu Polygon Cycling Team!

Pasukan berbasikal Terengganu, Terengganu Cycling Team (TSG) dijenama semula jadi Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) selepas terima penajaan sebanyak RM9.3j
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago