Seni & Sukan 08 Jun, 2021

Berita Terkini| Covid-19: 31 program outreach vaksinasi di Kelantan! Mudahkan penduduk setempat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan… Pelaksanaan program ‘outreach’  vaksinasi Covid-19 membantu memudahkan penduduk mendapatkan suntikan vaksin. - Kredit foto: Utusan Malaysia


SEBANYAK 31 program ‘outreach’ (penyantunan) vaksinasi Covid-19 bakal diadakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di negeri itu bagi membolehkan lebih ramai penduduk mendapatkan vaksinasi masing-masing dengan lebih mudah.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata program itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini dan kini sebanyak 10 lokasi telah dikenal pasti termasuk di kawasan Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas serta Kota Bharu.

“Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Melalui pelaksanaannya ia lebih memudahkan komuniti terutamanya warga emas bagi dapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa perlu keluar ke bandar.

“Setiap lokasi ‘outreach’ dijangkakan seramai 250 hingga 600 orang sehari dapat divaksin mengikut keluasan sesuatu tempat. Program ini melibatkan jangka masa minimum tiga hari dan maksimum selama dua minggu.

“Pelbagai pihak turut terlibat terutamanya ketua jajahan, penghulu serta penggawa setempat. Setiap program juga akan libatkan sejumlah kakitangan teknikal dengan dibantu sukarelawan daripada agensi berkaitan,” katanya dipetik laporan oleh Sinar Harian, 8 Jun 2021. 

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaini memaklumkan bagi penduduk Orang Asli di Gua Musang, program bersesuaian bagi vaksinasi golongan berkenaan telahpun dirancang oleh Pejabat Kesihatan Gua Musang. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested