Seni & Sukan 27 May, 2021

Berita Terkini| KKM perlu lebih ramai sukarelawan kesihatan! Bantu tangani penularan Covid-19!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan kesihatan untuk menyumbang kepakaran serta tenaga dalam usaha membantu tangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM perlukan sukarelawan bagi jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.

“Tenaga sukarelawan dari tujuh jawatan diperlukan ini sangat penting ketika ini bagi meringankan beban petugas kesihatan KKM ekoran peningkatan kes dan kematian akibat pandemik wabak Covid-19.

"KKM menyeru pembabitan sukarelawan kesihatan untuk membantu usaha menangani wabak Covid-19," katanya menerusi ciapan dalam Twitter beliau pada 27 Mei 2021.

Tambahnya, beberapa syarat digariskan untuk menjadi sukarelawan kesihatan KKM dan antara lainnya berusia antara 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas fizikal serta mental dan tidak mengandung.

Katanya lagi, individu berkenaan perlu mendapat kebenaran majikan bagi mereka yang bekerja selain bukan anggota KKM dan tiada sejarah kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dalam tempoh 14 hari.

“KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun dan gaji, sebaliknya segala kos ditanggung sendiri sukarelawan.

“Inividu berminat perlu melengkapkan borang pada pautan https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9. Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel ke: [email protected]," ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

1
0
0
0
0
You will be interested