Seni & Sukan 18 Jun, 2021

Berita Terkini| Sebutan semula kes Neelofa, suami ditangguh 15 Julai! Ekoran lanjutan PKP 3.0!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Neelofa dan suaminya mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB sewaktu didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei 2021. - Kredit foto: NSTP


SEBUTAN semula kes pendakwaan ke atas Neelofa dan suaminya, PU Riz atas tuduhan gagal patuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Negeri Sembila ditangguhkan pada 15 Julai 2021.

Memetik laporan Kosmo pada 18 Julai 2021, peguam yang mewakili pasangan selebriti  tersebut iaitu M Haresh berkata sebutan semula kes yang sepatutnya dijadualkan 23 Jun 2021 ditangguhkan sekali lagi susulan tempoh lanjutan PKP 3.0.

“Ya, mahkamah telah tangguhkan  tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor dan pasangannya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB sewaktu didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, 20 Mei 2021.

Kesalahan pasangan itu didakwa dilakukan pada 2 Mei 2021 kira-kira jam 4 petang bertempat di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, No,219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested