Seni & Sukan 06 Apr, 2021

Berita Terkini| Cepatkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak! Kes kluster pendidikan meningkat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

RINA MOHD HARUN. - Kredit foto: FB Rina Mohd Harun


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap pemberian suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak di negara ini dipercepatkan susulan peningkatan kes dalam kluster pendidikan.

Menerusi satu kenyataan media pada 6 April 2021, Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya bimbang melihat perkembangan terkini kes melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah dalam kluster pendidikan.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan kanak-kanak di negara ini, kita ambil kira keperluan golongan berkenaan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Kita risau kerana kanak-kanak tidak tersenarai dalam kumpulan penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi fasa pertama, kedua atau ketiga sedangkan mereka juga golongan berisiko.

“Pihak kementerian akan berhubung serta bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan Malaysia  dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi pastikan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak di negara ini terus terpelihara,” katanya.

Tambah Rina, pihaknya juga komited membantu kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu divaksinkan bagi mencapai imuniti kelompok (herd immunity) menerusi PICK. - KitaReporters

2
0
0
1
0
You will be interested