Seni & Sukan 30 Jun, 2021

Berita Terkini| Pelajar ke luar negara boleh mohon divaksin awal! Akses ‘Helpdesk’ MySejahtera!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Pelajar yang ingin teruskan pengajian ke luar negara boleh mohon mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lebih awal. - Kredit foto: VIVA.com


INDIVIDU yang ingin menyambung atau meneruskan pengajian ke luar negara boleh memohon bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lebih awal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata kumpulan berkenaan boleh membuat permohonan percepatkan suntikan vaksin melalui ciri ‘Helpdesk’ dalam aplikasi MySejahtera.

“Ciri baharu ini telah boleh diakses bermula 28 Jun 2021 yang diperkenalkan untuk memudahkan permohonan vaksinasi awal bagi pelajar yang ingin menyambung atau meneruskan pengajian ke luar negara.

“Mereka perlu penuhi syarat-syarat vaksinasi terlebih dahulu untuk masuk ke negara tertentu bagi tujuan menyambung pengajian,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian pada Rabu, 30 Jun 2021.

Tambah Khairy, permohonan vaksinasi awal yang dihantar akan diproses oleh sistem dalam tempoh 10 hari dan status permohonan boleh disemak dalam selepas tempoh berkenaan. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested