Seni & Sukan 10 Apr, 2021

Berita Terkini| PKP: Rentas negeri sempena Aidilfitri! Kementerian Kesihatan perlu umum awal!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diharapkan membuat pengumuman lebih awal berkaitan keputusan merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan lebih awal, sekali gus melancarkan perjalanan untuk para perantau yang hendak pulang beraya di kampung.

“Keputusan boleh atau tidak rentas negeri adalah atas nasihat KKM. Bila mereka buat penilaian risiko, kalau dibenarkan apa risiko dan kesannya nanti, jadi kita tunggu dari KKM sama ada boleh atau sebaliknya.

“Kuasa KKM membuat penilaian risiko, kalau kita lihat dulu apabila rentas negeri dibenarkan terdapat 31 kluster balik kampung, sebab itu kali ini KKM berhati-hati,” katanya dipetik laporan Kosmo , pada 10 April 2021.

Tambah Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, keputusan status merentas negeri akan dilakukan dalam  masa terdekat agar rakyat boleh bersedia. - KitaReporters

1
0
1
2
0
You will be interested