Seni & Sukan 30 Apr, 2021

Berita Terkini| Acryl Sani sah Ketua Polis Negara! Mulai 4 Mei 2021! Siapa jadi Timbalannya?

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Acryl Sani Abdullah Sani (kanan) menerima watikah surat pelantikan beliau sebagai KPN baharu dari Hamzah Zainudin. - Kredit foto: Tangkap layar FB Live Kementerian Dalam Negeri (KDN)


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa Selasa, 4 Mei 2021 sehingga Oktober 2021 iaitu pada tarikh persaraan beliau nanti.

Pelantikan Acryl Sani bagi menerajui kepimpinan Polis Diraja Malaysia susulan Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menamatkan kontraknya sebagai KPN pada 4 Mei 2021.

Penyerahan surat pelantikan diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sewaktu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 pada 30 April 2021 bertempat di Putrajaya.

Sebelum ini, nama beliau disebut-sebut sebagai KPN baharu, manakala Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya antara calon yang dikatakan layak memikul tanggungjawab sebagai Timbalan KPN menggantikan Acryl Sani. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

5
4
2
1
3
You will be interested