Seni & Sukan 02 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Wad biasa di Lembah Klang jadi katil kritikal! Tambah ikut keperluan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Jumlah katil kritikal secara 'repurposeed' ditambah ikut keperluan di wad biasa. 


PENINGKATAN kes positif Covid-19 di negara ini menyebabkan sebanyak 80 katil rawatan kritikal diwujudkan secara ‘repurposed’ (difungsi semula) di wad-wad biasa di hospital sekitar Lembah Klang dan akan ditambah mengikut keperluan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tujuh hospital dikhususkan untuk rawatan pesakit Covid-19 termasuk hospital universiti di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Pengurusan ketersediaan katil rawatan kritikal di hospital  Covid-19 Lembah Klang dilakukan secara bersepadu di bawah seliaan Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 atau ‘Unified Command Centre’ (UCC) Wilayah Tengah.

"Kaedah pengurusan dan pemantauan yang lebih efisien ini membolehkan pesakit di hospital Lembah Klang dapat dipindahkan dari satu hospital ke hospital lain yang mempunyai kekosongan katil rawatan kritikal.

“Jumlah katil akan ditambah mengikut keperluan di wad biasa bersesuaian yang ditukar fungsi kepada katil kritikal,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 2 Mei 2021.

Tambah beliau, terdapat peningkatan kes dalam jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal tetapi diberi bantuan pernafasan di wad biasa akibat kekosongan katil ICU (Unit Rawatan Rapi) yang terhad. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
1
0
0
0
You will be interested