Gaya Hidup 02 May, 2021

Berita Terkini| Daging sejuk beku India masih diimport! Tapi prosedur pengimportan diketatkan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Malaysia masih import daging dari India namun hanya daripada sumber rumah sembelih yang diluluskan. - Kredit foto: Harian Metro


PENGIMPORTAN daging sejuk beku dari India masih lagi diteruskan di Malaysia biarpun jangkitan Covid-19 di negara berkenaan semakin buruk dengan kadar kematian serta jangkitan harian tinggi direkodkan setiap hari.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata bagaimanapun prosedur pengimportan daging sejuk beku ke Malaysia sentiasa diperketatkan dari semasa ke semasa bagi tangani sebarangan kemungkinan atau isu keraguan.

“Setakat ini belum ada keputusan sama ada kerajaan mahu melarang pengimportan daging sejuk beku dari India atau sebaliknya.

“Jadi, proses pengimportan daging sejuk beku dari India masih dibenarkan sehingga kini namun ia hanya daripada sumber rumah sembelih yang diluluskan di India," katanya dipetik oleh Berita Harian, 2 Mei 2021.

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengeluarkan laporan berhubung jangkitan Covid-19, menerusi daging sejuk beku seperti ditemui penyelidik China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan meneliti perkara itu, selepas verifikasi daripada WHO dan memaklumkan setakat in tidak ada jangkitan Covid-19 daripada daging sejuk beku yang diimport ke Malaysia. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


You will be interested

Penduduk Terengganu bimbang! Rentas negeri balik raya di kampung! Kes COVID-19 meningkat kembali!

Penduduk Terengganu resah, bimbang kemungkinan kes wabak COVID-19 kembali meningkat, menular lebih luas jika ramai perantau di Lembah Klang kembali di kampung

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 6 days ago

Video| Selepas Yuna, giliran Layla Sania pula! Hiasi papan iklan digital Times Square, New York!

Layla Sania bukan sahaja cipta nama di Cina tetapi lebih banggakan wajahnya terpampang pada papan iklan digital di Times Square, New York seperti dialami Yuna
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Apabila jiran sepakat bawa berkat! Gerobok Makanan Taman Danau Kota meriah dan terus bertahan!

Gerobok Makanan Taman Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur bukan sahaja terus bertahan beri sumbangan kepada yang memerlukan tapi terus terima pelbagai sumbangan
Ahmad Abd Hamid in Gaya Hidup 2 days ago

Video| Masya Masyitah pelapis Shila Amzah! Harumkan Malaysia di China! Kini ada single Mandarin!

Dulu, Shila Amzah sebagai antara satu-satunya penyanyi popular berkebolehan nyanyi dalam bahasa Cina, kini muncul Juara Yippi Star Quest 2020, Masya Masyitah
Fariza Saidin in Gaya Hidup 4 days ago

Ayuh Malaysia! Berlari, berkayuh maya dengan SAM! Jom sokong atlet Sukan Olimpik Tokyo kita!

Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, SAM ambil inisiatif anjurkan 'SAM Virtual Run & Ride' (Larian dan Kayuhan Maya SAM) sebagai tanda sokongan kepada atlet negara
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 4 days ago