Gaya Hidup 30 Apr, 2021

Berita Terkini| 22 bazar Ramadan diarah tutup mulai 1 Mei 2021! Ancaman penyebaran Covid-19!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... 22 bazar Ramadan diarahkan tutup mulai 1 Mei 2021. 


Sejumlah 22 bazar Ramadan di enam negeri dan satu wilayah persekutuan diarahkan tutup mulai 1 Mei 2021 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Arahan penutupan bazar Ramadan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dinyatakan dalam surat rasmi ditandatangani Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan yang bertarikh 30 April 2021.

Perkara berkenaan diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April 2021 lalu.

Menurut surat berkenaan, pihak kementerian telah menerima laporan daripada HIDE (Hotspot Identification by Dynamic Engagement) yang telah mengesan ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 di kawasan bazar Ramadan.

“Ancaman penyebaran ini adalah hasil analisis pengesanan kontak dilaksanakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui aplikasi MySejahtera.

“Bagi membendung dan kawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19, sehubungan itu kerjasama diperlukan untuk menutup operasi bazar Ramadan terlibat berkuat kuasa pada 1 Mei 2021," katanya.

Sementara itu, Bazar Ramadan yang diarahkan tutup adalah seperti berikut:

Johor: Belatuk Taman Scientex, Pasir Gudang; Kg Pasir, Jalan Mata Kuching, Johor Bahru; @Mart Kempas, Johor Bahru; Lok Heng, Kota Tinggi

Kedah: Taman Selasih, Kulim; Baling 2021, Baling; Kupang 2021, Baling.

Pahang: Lurah Semantan, Temerloh; Temerloh Jaya, Temerloh.

Perak: Bazar Nenas Kg Selabak, Teluk Intan.

Pulau Pinang: MPKK Jalan Tenggiri, Seberang Perai; Attakwa Taman Bertam Indah, Seberang Perai; Bazar Ramadhan MBPP/MBSP; Kampung Melayu; Masjid Daerah Barat Daya; Iftar Ramadhan Jalan Berangan Bkt Bntng 2021; Bukit Gedung; Taman Tun Sardon.

Selangor: Pusat Sementara Penjaja/Basar Ramadhan Puncak Jalil, Subang Jaya; Stesen LRT Cempaka, Ampang Jaya.

Kuala Lumpur: Taman Setiawangsa; Jalan Raja Alang. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



0
1
1
1
2
You will be interested

Video| Menyusuri Amazon Terengganu! Program Berkayak Mesra Felcra Sungai Berang! Uji ketahanan!

Seramai 25 kakitangan Felcra mewakili 5 kawasan sahut cabaran Program Berkayak Mesra Felcra di Sungai Berang, Hulu Terengganu sejauh 20km bagi eratkan ukhuwah

Jom lawat Terengganu, boh! 22 acara disediakan! Isi kalendar pelancongan 2022! Macam-macam ada!

Terengganu senaraikan 22 acara bagi isi kalendar aktiviti pelancongan yang akan diadakan sepanjang tahun 2022 ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Allahu! Tular video Aliff Aziz imamkan solat sebelum bertanding! Bella turut jadi jemaah!

Tular video Aliff Aziz sedang imamkan solat maghrib secara berjemaah di sebuah bilik di PICC, tempat berlangsungnya final GV8. Ada 3 jemaah lelaki dan 1 wanita
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Tiada Kecurigaan dalam hati Adibah Noor! GV8 bawa tuah! Guna wang kemenangan bayar hutang!

Adibah Noor gunakan GV8 untuk promosi single terbaharunya berjudul Kecurangan yang baru dilancarkan. Guna wang kemenangan untuk bayar hutang, tebus barang kemas
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 14 hours ago

Keluarga Malaysia: MPBP, JPKD Penggaram turun padang! Agih kotak rezeki penduduk taman perumahan!

JPKD Penggaram Batu Pahat agihkan sumbangan Kotak Rezeki Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kepada 30 keluarga penduduk yang kesempitan di kawasan Zon 12 MPBP
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 1 day ago