Gambar hiasan... Sekolah-sekolah di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan PKP ditutup seminggu.
SEMUA sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup bermula 18 April hingga 24 April 2021.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi arahan penutupan selama seminggu itu hasil cadangan dikemukakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada 17 April 2021.
"Cadangan itu dipertimbangkan dan mengambil kira situasi semasa, KPM membuat ketetapan untuk semua sekolah dalam jajahan PKP di Kelantan diarah tutup bagi tempoh seminggu bermula 18 April 2021.
"Bagaimanapun semua pelajar yang berada di asrama perlu terus kekal tinggal di asrama," katanya yang dipetik laporan Kosmo, 18 April 2021.
Tambah beliau, sepanjang penutupan itu pihak sekolah harus memastikan guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter