Seni & Sukan 06 May, 2021

Berita Terkini| Cubaan seludup 10 ekor lembu gagal! PGA tahan 2 lelaki! Lembu dan lori dirampas

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Lembu yang berjaya dirampas setelah cuba  diseludup dua lelaki untuk pasaran di Kedah. - Kredit foto: Ihsan PGA


CUBAAN dua lelaki menyeludup masuk 10 ekor lembu untuk pasaran Aidilfitri nanti gagal apabila mereka dicekup oleh pihak berkuasa dalam operasi di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan kira-kira jam 5 petang, pada 5 Mei 2021.

Dalam operasi dijalankan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) itu, kedua-dua lelaki berusia 25 tahun tersebut menunjukkan dokumen perjalanan meragukan berkaitan lembu dibawa oleh mereka untuk dipasarkan ke Kedah.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata sewaktu anggota PGA7 menjalankan rondaan bermotosikal di hadapan sebuah kedai mereka menahan sebuah lori membawa 10 lembu bernilai kira-kira RM98,000.

"Anggota perkenalkan diri sebelum menahan pemandu dan lori untuk dibawa ke Komtak Jeram Perdah bagi pemeriksaan lanjut ke atas lembu berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati dokumen perjalanan berkaitan lembu dibawa oleh mereka meragukan.

"Kesemua lembu dan sebuah lori dianggarkan nilai keseluruhan RM178,000 dirampas, manakala dua lelaki berkenaan ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat dokumen dikemukakan pemandu adalah meragukan dan kesemua lembu berkenaan dalam perjalanan ke Kedah untuk pasaran di sana,” katanya dipetik Harian Metro, 6 Mei 2021.

Tambah beliau, kes diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan akan disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested