Orang ramai dilarang berbuka puasa di Padang MBK 1 pada Ramadan tahun 2021 ini bagi mencegah penularan Covid-19. - Kredit foto: FB Rizal Hakimm
ORANG ramai
tidak dibenarkan berkumpul bagi berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya
Kuantan(MBK) 1 di Bandar Kuantan, Pahang
sepanjang Ramadan tahun 2021 ini.
Exco
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata keputusan Kerajaan
Negeri itu bertujuan sebagai salah satu usaha bagi mengawal penularan wabak
Covid-19.
“Kita
berharap rakyat beragama Islam patuhi arahan larangan berbuka puasa di padang MBK 1 ini,” katanya yang dipetik
dari Sinar Harian, pada 12 April 2021.
Untuk info,
aktiviti berbuka puasa di Padang MBK Kuatan bagaikan tempat wajib khususnya
bagi orang-orang di daerah berkenaan.
Sebelum ini
juga, terdapat sebuah bazar Ramadan dikenali sebagai Bazar Ramadan Taman Kerang
terletak bersebelahan padang, sekali gus memudahkan orang ramai dapatkan juadah
sebelum berbuka puasa.
Khidmat
sewa tikar dengan kadar serendah RM5 juga turut disediakan dan penyewa berpeluang
memenangi hadiah cabutan bertuah. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters