Seni & Sukan 31 May, 2021

Berita Terkini| Lebih 80k individu di bawah usia 18 tahun dijangkiti Covid-19! Ibu bapa waspada!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Ibu bapa antara individu penyebab golongan individu di bawah 18 tahun dijangkiti Covid-19. - Kredit foto: Bernama


IBU bapa merupakan antara salah satu punca menyebabkan lebih 80,000 individu di bawah usia 18 tahun termasuk kanak-kanak di seluruh negara telah dijangkiti Covid-19 sehingga kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata meskipun tiada dalam kalangan mereka dirawat di unit rawatan rapi (ICU) namun trend terbaharu jangkitan terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan .

“Berdasarkan rekod, kebanyakan golongan ini dijangkiti Covid-19 pada tahap satu, dua dan tiga. Belum dikesan berada pada tahap empat dan lima yang memerlukan seseorang dirawat di ICU atau perlukan bantuan pernafasan.

“Mana-mana ibu bapa yang ingkar hingga menyebabkan golongan berisiko tinggi terutama kanak-kanak dijangkiti Covid-19 bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta 342.

“Pihak berkuasa boleh buka kertas siasatan ke atas mana-mana individu termasuk ibu bapa yang sengaja atau masih mendedahkan anak mereka terhadap risiko jangkitan,” katanya sewaktu sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada 31 Mei 2021.

Sidang akhbar secara maya tersebut diadakan secara bersama dengan Menteri Penyelaras PICK merangkap yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Bawa motor sambil bersila? Niat Paknil beri nasihat! Tapi dibidas netizen! Namun ada sokong!

Aznil Nawawi Paknil video tular motosikal skuter bersila penunggang menunggang motor beri pengajaran dibidas disokong nasihat kemalangan jalan raya berhemah

Video| Bekas peserta Vokal Mania jual kopi sambil nyanyi! Qiem Churros tak kisah hiburkan pelanggan!

Qiem Churros Muhammad Aidi Hakim penyanyi Vokal Mania 2020 Bakat RTM 2024 penjual minuman air kopi Kopi Tiktoker pengusaha usahawan Kemaman menyanyi kabin
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 3 days ago

Video| Tak Sempurna tampilkan sisi berbeza Aril Pilus! Kembalikan kenangan muzik EDM, tarian shuffle!

Aril Pilus pelakon penyanyi pengacara penyampai radio hiburan single lagu Tak Sempurna EDM electronic dance music tarian shuffle Rocketfuel Entertainment
Fariza Saidin in Seni & Sukan 3 days ago

Video| Zaiton Sameon seorang yang kelakar? Berdekah ketawa! Pendedahan temu bual dengan stesen radio!

Dalam temu bual untuk Borak Selebriti, Zaiton Sameon bercerita mengenai lagu Menaruh Harapan dan kemalangan ngeri yang menimpanya.
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 1 week ago