Seni & Sukan 05 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Bomba Kelantan kendali 85 kes pengebumian! Kota Bharu kes tertinggi

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Bomba Kelantan telah kendalikan 85 kes pengebumian pesakit Covid-19  yang meninggal dunia


SEBANYAK 85 kes pengebumian melibatkan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia telah dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bermula Mac 2020 sehingga 4 Mei 2021.

Pengarah JBPM Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jainal @ Zainal Madasin berkata daripada jumlah berkenaan hanya 12 kes pengebumian dilaksanakan mereka pada tahun 2020 dan selebihnya dalam tempoh tahun 2021 ini.

“Ekoran berlaku peningkatan kes positif Covid-19 pada tahun ini dan melibatkan kematian sehingga 4 Mei 2021 sahaja, pihak bomba telah membantu menguruskan pengebumian melibatkan 73 kes dengan kes paling tinggi dicatatkan di Kota Bharu iaitu 36 kes.

“Seterusnya diikuti Pasir Mas dan Tumpat dengan masing-masing 11 kes, Kuala Krai sebanyak tujuh kes dan selebihnya beberapa kes di daerah lain.

“Urusan pengebumian pesakit Covid-19 dilaksanakan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) yang berpusat di Kota Bharu dan dibantu dengan anggota-anggota balai daerah terlibat,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 5 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan sejak Mac 2021, pihaknya telah melakukan 1,672 sanitasi melibatkan bangunan-bangunan kerajaan, premis dan lokasi-lokasi tumpuan orang ramai di seluruh Kelantan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
0
0
0
0
You will be interested