Seni & Sukan 24 Jun, 2021

Berita Terkini| Undang-undang jenayah syariah negeri bakal dipinda! Tangani isu berkaitan LGBT!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Gambar hiasan...  Mereka yang menghina agama termasuk kelompok LGBT akan berdepan dengan tindakan lebih tegas apabila undang-undang dipinda kelak. 


Undang-undang tatacara jenayah syariah di setiap negeri bakal dipinda bagi membolehkan tindakan tegas dapat diambil terhadap orang Islam yang menghina agama termasuk mereka daripada kelompok Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, cadangan pindaan itu akan meliputi pelaku kesalahan jenayah syariah dengan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.

"Langkah itu turut meliputi Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Menangani Isu LGBT di Putrajaya sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia, 24 Jun 2021.

Tambah beliau, mesyuarat bersetuju mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan bertulis secara komprehensif mengenai tatacara aduan bagi kesalahan berkaitan.

Katanya, ia merangkumi kes penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT selain mengenal pasti masalah dialami penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan secara berintegrasi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Pasukan Petugas Menangani Isu LGBT diwujudkan selari dengan Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0
You will be interested