"KESIAN anjing ini, yang salah tu tuan dia... Anjing yang sebenar ialah owner tu, patut disaman dan dikenakan tindakan paling tegas." Itu adalah antara respons yang dilontarkan ramai netizen dalam media sosial terhadap kes anjing yang telah mencederakan seorang wanita di sebuah taman perumahan di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka. : KitaReporters
Respons netizen dalam laman sosial Facebook
Lagi cerita berkaitan anjing:
Cerita awal:
- Tolong! Tolong! Wanita cedera parah diserang seekor anjing!
- Moh bantu wanita parah diserang anjing! Tangan kanan parah!
Dalam kejadian malang tersebut, anjing jenis pitbull itu telah mencederakan tangan dan kaki mangsa sehingga parah dan mungkin bakal menyebabkan anggota badan tersebut tidak lagi berfungsi seperti sedia kala.
Satu kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kedua-dua pesalah tersebut iaitu pemilik dan anjing berkenaan untuk diadili sewajarnya. Kejadian yang tertular itu telah juga membuka mata pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan haiwan untuk memberi perhatian dan respons dengan hal yang berlaku itu.
Cerita mengenai kegagalan pemilik anjing berkenaan yang gagal mengawal haiwan peliharaannya masih diperkatakan oleh netizen di platform media sosial terutamanya Facebook. "Tidak berguna! Bodoh! Tidak berakal! Lalai! "Itu adalah cemuhan yang tidak surut-surut diberikan netizen yang geram dan kecewa dengan apa yang berlaku tempoh hari.
Sejak ke hari ini, pemilik haiwan berkenaan membisu dan mengambil langkah untuk berdiam diri memandangkan amarah netizen yang tidak henti-henti dan membuak-buak dalam platform media sosial.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) memaklumkan anjing jenis pitbull yang mencederakan mangsa tersebut telah ditangkap dan kini berada dalam kurungan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negeri Melaka.
Bagaimanapun anjing yang ditahan DVS negeri Melaka itu perlu melalui beberapa ujian saringan bagi melancarkan siasatan dan juga pemeriksaan terhadap penyakit berjangkit.
Anjing yang mencederakan seorang wanita tempoh hari telah berjaya ditahan oleh Jabatan Veterinar negeri Melaka
Bengis dan ganas! Begitulah yang dapat disimpulkan kepada sesiapa sahaja yang melihat karekter binatang tersebut walaupun telah dikurung di dalam jeriji besi DVS Negeri Melaka.
Kewajarannya untuk memberikan ancaman kepada orang awam adalah besar dan berisiko sekiranya tidak dilatih dengan betul dan cermat.
"Inilah anjing pitbull yang menyerang wanita bernama Kristina hingga parah di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka. Anjing ini kini dalam tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan penyakit.
"Pada 30 Julai 2020, Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika telah melawat dan menjenguk keberadaan anjing Pitbull di DVS Melaka pada hari kedua selepas kejadian serangan untuk melihat keadaannya. Diakui anjing Pitbull ini mempunyai sifat garang dan bengis," tulis persatuan haiwan itu dalam posting Facebooknya.
Karekter anjing ini yang bengis dan garang memberi ancaman besar terhadap orang awam
Bagaimanapun seluruh pencinta haiwan masih menunggu keputusan yang diadili mahkamah dan nasib anjing ini bakal ditentukan sama ada mahu dilupuskan atau dijadikan anjing keselamatan (guard dog).
Persatuan Pencinta Haiwan dalam iklan yang diuar-uarkan mencari individu yang terlatih yang mahu menjadi penanggungjawab kepada anjing berkenaan sesegera yang boleh. Segala permohonan yang dibuat bolehlah berurusan di DVS negeri Melaka untuk diberi pertimbangan sebaik mungkin.
"Orang ramai yang mahu menjadi penanggungjawab anjing pitbull boleh berhubung dan memohon dengan DVS Negeri Melaka untuk pertimbangan," jelasnya.
Respons dari NGO haiwan yang memberi perhatian terhadap kejadian malang yang berlaku
Anjing adalah haiwan yang sinonim dengan masyarakat bukan islam di Malaysia untuk memeliharanya dan menjaganya. Namun sikap sambil lewa yang diabaikan memberikan akibat yang negatif sekiranya kita gagal menjadi penjaga yang mendominasi tindak tanduk haiwan berkenaan.
Binatang hanyalah sekadar binatang yang diciptakan Tuhan tidak memiliki kewarasan akal yang sempurna, tapi kita yang berakal ini di mana kewarasan akal kita??
Perkara sebegini sepatutnya tidak mungkin akan berlaku! Sikap acuh tak acuh individu biasanya akan mendatangkan mudarat besar terhadap diri sendiri dan komuniti kejiranan. Bila dah terkena tu, rasakanlah, padan muka!! - KitaReporters