Seni & Sukan 27 May, 2021

Berita Terkini| Penggunaan katil Covid-19 5 negeri hampiri paras penuh! Tambah katil wad ICU!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Katil covid-19 di lima buah negeri kini menghampiri paras 100 peratus penggunaan


PENGGUNAAN katil untuk pesakit Covid-19 di lima buah negeri kini sudah menghampiri paras 100 peratus ekoran peningkatan mendadak kes berkenaan iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata susulan itu katil di wad biasa kini telah ditukar kegunaan kepada katil Covid-19 selain menambah katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang juga diambil daripada katil wad biasa.

“Kadar penggunaan katil Covid-19 seluruh negara sudah pun mencecah tahap 75 peratus daripada kapasiti keseluruhannya. Ia meliputi lebih 140 buah hospital awam di bawah kementerian dan puluhan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negara ini.

“Terdapat 9,689 katil di hospital dan 25,605 katil di PKRC disediakan kementerian khusus bagi menempatkan pesakit wabak tersebut. Ada negeri yang sudah menghampiri paras 100 peratus penggunaan.

“Pihak kementerian mendapat kerjasama baik daripada hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggu yang bersetuju fasiliti mereka digunakan untuk pesakit pandemik Covid-19,” katanya sewaktu sidang media yang petik daripada laporan Utusan Malaysia, 27 Mei 2021.

Tambah beliau, kementeriannya juga sambut baik kesediaan 110 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang yang bersetuju merawat pesakit Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested