Seni & Sukan 19 May, 2021

Berita Terkini| Tak perlu total lockdown di Selangor! Kes Covid-19 masih terkawal? Belum parah?

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Tiada 'total lockdown' di Selangor dalam tempoh terdekat ini kerana kes Covid-19 masih terkawal. - Kredit foto: freemalaysiatoday.com


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ (perintah berkurung sepenuhnya) tidak perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat ini kerana kes positif Covid-19 di negeri berkenaan masih lagi ditahap terkawal.

Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan statistik semasa, jumlah kes di negeri tersebut tidak ‘parah’ berbanding negeri lain berikutan jumlah kepadatan penduduk yang ramai di Selangor.

“Bagaimanapun, sebarang keputusan terbaharu bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Pusat selepas ini. Buat masa ini, dalam tempoh terdekat kerajaan Selangor tidak perlu laksanakan PKP penuh atau ‘total lockdown’.

“Selangor tidak boleh dikategorikan sebagai negeri paling parah menerima jangkitan Covid-19 kerana jumlah penduduk yang ramai. Isi rumah di negeri ini 1.9 juta orang serta 3.59 juta tenaga buruh dan 3.4 juta pekerja (termasuk rakyat negeri lain),” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang akhbar secara maya pada 19 Mei 2021 yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
0
0
0
You will be interested